Isu berkaitan bidang Teknologi dan
Inovasi Dalam Pendidikan.
Kesantunan berbahasa dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
- Kesantunan berbahasa semakin luntur dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Pada era ledakan teknologi ini, keutamaan tidak diberikan lagi kepada kesantunan berbahasa.
- Penggunaan bahasa yang suka memaki hamun, memfitnah, memprovokasi, mengejek dan merendahkan orang lain sedang berleluasa. Perkara ini jelas menunjukkan penghakisan budaya ketimuran dan kesantunan berbahasa selain menggambarkan citra dan peribadi bangsa yang negatif.
- Kemunculan jaringan sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Youtube dan banyak lagi menjejaskan kesantunan berbahasa.
- Selain itu, kurangnya kesantunan bahasa melahirkan bahasa rojak iaitu percampuran diantara dua atau lebih bahasa.
- Seperti, mencampuradukkan bahasa melayu dan inggeris.
- Memperlihatkan unsur bahasa yang unik dan tersendiri yakni Bahasa Melayu dalam Internet.
- Muncul perkataan seperti:
a. kang (nanti)
b. a'kum (assalamualaikum)
c. tepon (telefon)
d. pasal (mengapa)
e. nko (engkau)
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISU
KESANTUNAN BERBAHASA DALAM TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Peranan institusi keluarga
Peranan pihak sekolah
- Mempraktikkan gaya pertuturan atau perbualan yang sopan dan teratur.
- Perlu tegas dalam mendidik anak-anak mereka. Hal ini demikian agar generasi muda ini alpa dengan disiplin dan pertuturan bahasa yang sopan tidak kira di mana mereka berada terutamanya ketika menggunakan laman sosial.
Peranan pihak sekolah
- Memantau para pelajar dari segi tingkah laku mereka, malahan peradaban mereka terutama sekali dari segi pertuturan yang diucapkan semasa mereka berada di dalam dan luar sekolah.
- Menganjurkan kempen-kempen yang berkaitan dengan budi bahasa untuk diterapkan oleh mereka.
- Menerapkan penggunaan bahasa yang santun dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Salam aisyah. Sangat menarik ya artikelnya. Tidak dinafikan memang bahasa-bahasa seperti yang di atas banyak digunakan dalam media sosial pada masa kini. Mungkin pengguna lebih suka untuk menggunakan singkatan ketika berkomunikasi namun budaya ini adalah kurang sopan kerana kita sebagai seorang yang berbudi bahasa perlulah menggunakan bahasa yang sesuai dan mudah difahami, bukan? Jika budaya ini berterusan, mungkin suatu hari nanti generasi akan datang akan lebih sukar untuk menguasai bahasa Melayu baku dan ini akan menjejaskan imej negara terhadap negara-negara luar. Sememangnya peranan ibu bapa, guru serta rakan sebaya amat penting dalam memastikan pengamalan bahasa yang sesuai ketika berkomunikasi di laman sosial.
ReplyDeleteNurul Azani Binti Azman A140092
Assalamualaikum aisyah. Artikel anda amat menarik perhatian saya. Jarang sekali individu pada hari ini menitikberatkan kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat. Saya yakin dan percaya, pada era maklumat di hujung jari kini, majoriti individu memiliki laman sosial seperti yang anda nyatakan dalam artikel namun tidak ramai yang sedar bahawa setiap kata-kata ataupun bahasa yang digunakan itu mungkin tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak. pada pendapat saya, tidak salah jika ingin menggunakan bahasa rojak atau perkataan ringkas tetapi perlu di ambil kira dengan siapa kita berhubung supaya tidak timbul sebarang salah faham atau rasa tidak puas hati.
ReplyDeleteNor Amira Binti Mohd Hisam A141077
Salam Aisyah. Isu yang bagus. Sebagai seorang yang berbangsa Melayu, tanggungjawab untuk mermartabatkan bahasa ibunda kita sewajarnya terletak di bahu kita. Dapat kita lihat remaja sekarang menukar ejaan sesuatu perkataan sehingga tidak lagi menampakkan ianya adalah perkataan dari Bahasa Melayu seperti kittew (kita), yunk (yang), dan lain-lain. Tidak tahu bagaimana dan mengapa perkataan sedemikian boleh timbul. Namun dari pemerhatian saya, masalah ini hanya tertumpu kepada golongan remaja. Apabila mereka meningkat dewasa dan lebih matang, mereka lebih cenderung untuk menulis dalam bentuk yang lebih betul dan sempurna.
ReplyDeleteNorasyima Abdul Rahim A142245
Asslamualaikum , pada pendapat saya memang tidak dapat dinafikan pengunaan bahasa rojak pada hari ini semakin berleluasa. Hal ini terjadi pada hari ini kerana mungkin ingin menjimatkan masa atau mungkin juga ianya menjadi suatu kebiasaan bagi mereka . Namun , hal ini boleh dibendung dengan mendidik mereka dari awal seperti kata pepatah melentur buluh biar lah dari rebungnya , mendidik mereka dari kecil adalah lebih mudah . Peranan dari pihak keluarga dan sekolah amatlah digalakkan , namun masyarakat juga boleh memperaktikkan kesantunan bahasa ini sesama mereka .
ReplyDeleteA141064 ; Muhammad Faizal Bin Mohamed Kassim
Assalamualaikum w.b.t ya Aisyah..satu artikel yang sungguh bertepatan dengan situasi kini..menarik!!! Saya cuma ingin tambah sedikit sahaja lagi. Jika lihat pada hari ini, kebanyakan belia terutamanya remaja seringkali menggunakan bahasa yang ringkas dalam pertuturan sehari-harian di mana ianya berpunca daripada penggunaan ICT seperti 'facebook'. Memang tidak dinafikan perkataan tersebut lebih mudah untuk digunakan tetapi kita sebagai pemacu negara pada masa akan datang harus sedar bahawa jika perkara ini berlanjutan ianya akan menghakis bahasa melayu kita sendiri yang dulunya pernah dijadikan 'lingua franca' yang bermaksud bahasa pengantar. Jadi, sebagai rakyat malaysia yang berjiwa bangsa melayu, seharusnya kita menangani perkara sebegini daripada berlaku supaya bahasa melayu dapat dimartabatkan di peringkat antarabangsa.
ReplyDeleteA141120 Mohd Noraliff Bin Zazliza
Assalammualaikum. Memang tidak dapat dinafikan, bahawa kesantunan dan penggunaan bahasa semakin membimbangkan dan meruncing dewasa ini. Penggunaan bahasa perlu diperbaiki oleh setiap individu kerana singkatan bahasa kadangkala membawa makna yang berbeza dan boleh menyebabkan salah faham berlaku. saya setuju bahawa ibu bapa, sekolah memainkan peranan penting tetapi setiap individu juga perlu berusaha untuk memperbaiki cara penulisan dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
ReplyDeleteA142237 Nabilah Bt Suhaili
Pada pendapat saya, penggunaan perbendaharaan kata yang salah, sama ada disengajakan ataupun tidak, boleh mengakibatkan terjadinya salah faham, pertengkaran ataupun menjatuhkan air muka kawan yang dilawan bercakap. Kita sebagai masyarakat hendaklah menggunakan perbendaharaan kata serta ungkapan yang dikatakan bahasa sapaan dengan betul dan sesuai mengikut konteks semasa berkomunikasi.
ReplyDeleteNorasyikin binti Abdul Latif. A142592
Assalamualaikum Aisyah, artikel anda ini amat menarik dan bersesuaian dalam keadaan semasa kita ini. Pada pendapat saya, perkara ini berlaku akibat tiadanya perasaan sayang dan hormat terhadap bahasa melayu kita dalam hati generasi muda kali ini.Selain itu, mereka juga terpengaruh dengan budaya globalisasi iaitu semuanya perlu dalam keadaan pantas dan cepat, dan ini juga mempengaruhi penulian bahasa yang kita gunakan dalam sistem pesanan ringkat (SMS) dan juga perbualan di ruang "chat" di Facebook . Remaja sekarag lebih suka untuk menggunakan bahasa ringkasan berbanding bahasa yang asal .Kesannya keaslian bahasa melayu akan terjejas dan juga ringkasan tersebut boleh menyebabkan berlakunya kesilapan komunikasi dalam pembualan.
ReplyDeleteSiti Arfaf binti Othman A140021