Foto model BBM
Bahan-bahan yang diperlukan adalah kertas A4, kertas manila, gunting, gam, pembaris, pensil, dan marker.
Cara bermain
- Permainan bermula di petak 'START'.
- Dadu dibaling untuk menentukan jumlah langkah yang perlu diambil.
- Sekiranya, pemain berhenti di petak soalan, maka, pemain mendapat peluang untuk menjawab soalan.
- Soalan yang dijawab dengan betul membolehkan pemain maju setapak ke hadapan.
- Sekiranya, pemain memberikan jawapan yang salah, pemain terus berada di tapak berkenaan sehingga tiba gilirannya untuk membaling dadu.
- Permainan berakhir di petak 'START' juga.
- Pemain pertama yang melepasi petak 'START' adalah juara.
Untuk pengetahuan semua, soalan yang disediakan adalah terpulang kepada individu. Saya telah menyediakan soalan dalam subjek kimia.
Kegunaan :
- sebagai alat bermain sambil belajar yang bertujuan untuk memudahkan sesi pembelajaran.
- supaya pelajar lebih berminat dengan apa yang dipelajari.
Bahan bantu mengajar yang bagus... boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang... cuma untuk penambahbaikan... cadangan saya, perlu tambahkan kotak bonus ataupun kotak ganjaran untuk menjadikan permainan ini lebih menyeronokkan.... ^_^ A142237 Nabilah Bt Suhaili
ReplyDelete